Tuesday, July 30, 2013

(Tahniah) Hattan Nikah Kembali Bekas Isteri Selepas 9 Tahun

ohartis-hattan-nikah-kembali-bekas-isteri-1
Kesungguhan Datuk Hattan telah membuka hati isterinya Datin Arianie Abidin untuk kembali bersama suaminya itu selepas bercerai selama sembila tahun yang lalu sejak 2005. Datin Arianie berkata, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali sebagai suami isteri namun dia menganggap ia sebagai ketentuan Allah selain perpisahan itu banyak mengajar mereka tentang erti kehidupan.
“Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula.
“Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri kira-kira 200 tetamu. Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang dan ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.
Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun. Hattan berkata, beliau bersyukur kerana doanya untuk bersatu dengan Arianie akhirnya termakbul.
“Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul. Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama,” katanya.
OHARTIS: TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATUK HATTAN DAN DATIN ARIANI. SEMOGA JODOH KALI INI BERKEKALAN HINGGA SELAMANYA.

No comments:

Post a Comment