Wednesday, July 31, 2013

SEXY - SELEB WANITA MALAYSIA SEMASA KECIL VS SEKARANG (11 GAMBAR)

Comel la doeeeeeee... Adakah artis kegemaran anda tersenarai?




6 Ciri – Ciri Perempuan Playgirl


Korang pernah mendegar istilah “Playgirl” ? Jom kenali 6 ciri-ciri playgirl…



1. Menyembunyi Kisah One Night Stand
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. ” One night stand ” tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang… untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu…



2. Seringkali tukar ” In relationship ” status di Facebook
Bermula dari ” single “, ” In a relationship “, kemudian ke ” It’s complicated “. Ini cukup memadai dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki… she’s a jerk.



3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3… Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*amp;%_$.



4. Mudah Memberi Nombor Telefon 
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.



5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada ” Kita dah takde pape hubungan “. Memang sah! dia playgirl.



6. Kemesraan

Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.

Risau Harga Hantaran Mahal? Cuba ni


pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000…


mahal ke? murah je…


ini jawapan balas pihak lelaki

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:
Mak Cik : “Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. “.

Mat : “Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat “..

Mak Cik : “Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap “.

Mat : “Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

hahahaa…. senjata makan tuan

Apakah Hukum Isteri Meminta Cerai

Suami boleh menceraikan isteri, namun isteri tidak boleh menceraikan suami sebaliknya isteri boleh meminta cerai. Namun apakah hukum tersebut? Sebelum ini juga Melayukini.net pernah menyiarkan tentang seorang isteri yang telah meminta cerai terhadap suaminya kerana atas faktor suami pandai memasak berbanding dirinya (LINK). Ikuti ulasan di bawah ini.




Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:

Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]

Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya.

Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.”

Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.”

Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]

Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:

Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.

Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit……[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]

Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah.

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya.

Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

Apakah Etika Berkongsi Maklumat Di Facebook

Perkara ini bukan baru, tetapi sudah lama. Namun mungkin baru untuk diberi perhatian dek kerana isu yang kini semakin hangat diperkatakan. Isunya adalah etika dalam berkongsi sesuatu di Facebook. Pengguna Facebook di Malaysia khususnya suka berkongsi status, artikel dan sebagainya. Namun pada masa yang sama apa yang disampaikan itu sangat bertentangan dengan apa yang sepatutnya. Ikuti ulasan di bawah ini.




Komputer yang sedia ada untuk digunakan memang dimanfaatkan habis-habisan oleh saya. Seperti biasa, saya melayari laman Facebook pada hari ini. Jenguk notification, page-page menarik serta groups yang bermanfaat. Dan seperti biasa, saya melihat status kawan-kawan di Facebook, tekan ‘Like’ dan sebagainya. Tiba-tiba…

…saya jadi termenung sendirian di hadapan komputer. Iyalah, melihat satu status daripada seorang sahabat (padahal tak pernah tegur pun) membuatkan saya terpana seketika. Statusnya berbunyi begini:

”Setitik air mata perempuan yang jatuh kerana lelaki yang disayanginya, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak 100 kali di akhirat kelak. Maka janganlah kamu wahai kaum lelaki membuatkan perempuan menangis keranamu.”

Laras bahasanya bagai teks yang terdapat dalam kitab atau buku agama, tetapi apabila melihat kembali kepada isi kandungan ayat tersebut, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Malah, apabila dirujuk siapa penulis asalnya pun tidak diketemukan. Hal ini saya kira penting, terutamanya apabila melibatkan soal hukuman sebat 100 kali di akhirat.

Pentingnya penelitian

Bukan hendak menyalahkan seratus peratus kepada insan yang menyebarkan, tetapi harus ‘kita’ sebagai penyebar, mengambil berat atas setiap perkara yang hendak di’share’ dan dikongsikan, supaya maklumat yang sampai itu kita yakini kebenarannya.

Sikap yang MESTI ada pada setiap Muslim adalah sentiasa memastikan setiap berita, khabar, cerita dan maklumat yang sampai kepadanya itu benar-benar berlaku. Perkara ini penting bagi mengelakkan AKIBAT yang akan datang setelah berita itu tersebar luas seperti fitnah dan tindakan serta maklum balas yang salah:

“Aku ada something nak habaq kat hang nih.”

”Apa dia? ”

”Hang tau dak blablabla….”

Ok, dengar dan siasat!

Ada baiknya kita meneliti ayat Al-Quran ini;

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.”
(Surah al-Hujurat 49: Ayat 6)

Bercakap tentang hal mengambil berat ‘amanah’ yang perlu dipikul dalam membawa sesuatu perkhabaran, mari kita lihat dari segi ilmu hadis. Terdapat satu bidang atau cabang ilmu yang penting dalam menentukan status perawi (penyampai) hadis iaitu Jarh wa ta’dil. Ilmu ini penting untuk mengetahui kedudukan sesuatu hadis dan dengannya, dapat menjaga kesahihan agama Allah dan Sunnah Nabi daripada sebarang tindakan menyeleweng dan sebagainya.

Kriteria yang ditetapkan oleh ulama untuk menerima kesaksian seorang perawi sangat ketat dan mustahil untuk disangkal. Seharusnya, dalam menilai sesuatu cerita juga, kita perlu melihat kepada ‘siapa’ yang menyampaikannya. Adakah dia ini seorang yang pelupa? Adakah dia ini seorang yang tidak boleh dipercayai?

Kreatif! Helmet Ini Boleh Dilipat (5 Foto)

Sukar untuk kita lihat sesebuah helmet itu boleh dilipat apatah lagi bentuk fizikalnya yang dibuat keras. Namun helmet atau topi keledar istimewa ini adalah dikhaskan untuk penunanggang basikal sahaja untuk aktiviti beriadah mahupun lasak. Topi keledar boleh dilipat yang telah direka oleh Carrera ini merupakansatu revolusi untuk keselamatan diri penunggang basikal di dalam bandar. Reka bentuk topi keledar ini telah diilhamkan oleh sebuah topi keledar pistards tua yang dibuat daripada kulit.


































Ia mempunyai bingkai yang sangat fleksibel dan mampu memberikan keselesaan terbaik kepada pengguna. Dengan tiada kompromi tentang keselamatan, anda mampu mendapatkan kesesuaian apabila memakainya hasil daripada pemasangan sistem anjal.

Topi keledar ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan pada basikal dan boleh dilipat serta disimpan di dalam beg apabila anda tidak mahu menggunakannya. Tahap tertinggi untuk keselamatan standard topi keledar ini adalah dijamin.

Koleksi Gambar Kreatif Yang Unik

Masih lagi dalam bab perkongsian koleksi gambar kreatif. Tidak mampu diungkap, namun hanya mata sahaja dapat melihat, Keunikan setiap rekaan ini memberikan kita sebagai satu bentuk inspirasi lain dari yang lain. Imaginasi itu perlu bagi merangka suatu bentuk daya imaginasi yang kreatif. Maka, kita akan dapat menghasilkan satu benda kreatif yang kita sendiri tak dapat menjangkakannya. Berikut merupakan beberapa koleksi gambar kreatif yang amat menarik untuk tatapan mata.








Foto : Adira Buka Puasa Bersama Kekasih?

Adira
Sebelum ini sebuah portal hiburan pernah melaporkan bahawa penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ilusi, Adira dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Shahrul Nasrun Kamarudin.
Namun begitu, menurut laporan berlainan, penyanyi ini akui dia sememangnya sedang rapat dengan jejaka tersebut, akan tetapi hubungan mereka masih belum sampai ke tahap yang lebih serius.
Adira 4
Adira disamping Sharul sewaktu hadiri majlis buka puasa
Bagaimanapun, menerusi beberapa keping foto yang dikongsi oleh seorang pembaca OHBULAN! melalui laman sosial Twitter, baru-baru ini Adira dikatakan telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama individu yang dikatakan sebagai kekasihnya itu di sebuah hotel yang terletak di ibu kota.
Jika dilihat daripada sekeping foto yang dipaparkan, jejaka tersebut nampaknya sedang memaut erat bahu Adira dan menerusi foto berkenaan, mereka kelihatan sangat mesra serta tidak kekok untuk bergambar bersama.
Jadi, adakah benar mereka sedang bercinta atau mungkinkah kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka adalah sekadar sebagai teman rapat?
Apa pun di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto  Adira dan jejaka tersebut sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Untuk makluman, pada Hari Raya Aidilfitri akan datang, penyanyi ini akan turut beraya di rumah Shahrul yang terletak di Kelantan dan mereka akan bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.

Foto: Scha & Awal Digelar Pasangan Beckham Malaysia

Screen Shot 2013-07-29 at 21.48.05
Pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari nampaknya semakin mendapat perhatian peminat dan pemerhati industri hiburan tanah air dek kerana gaya fesyen mereka yang sering dikongsikan di Instagram.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa cara Scha dan Awal berpakaian memang ada kelas tersendiri dan langsung tidak menampakkan mereka seperti pasangan yang telah berkahwin.
Padanan mereka yang sama cantik dan cukup sesuai bukan sahaja berjaya diangkat sebagai Pasangan Pujaan Anugerah Melodi 2013, malah peminat juga turut menggelar Schawal dengan jolokan Pasangan Beckham Malaysia.
Screen Shot 2013-07-29 at 21.45.15
Screen Shot 2013-07-29 at 23.09.23
OHBULAN! sendiri ada perhatikan gambar-gambar Schawal, dan ternyata sedikit sebanyak terserlah juga sisi mereka yang menyerupai pasangan selebriti antarabangsa itu.
Untuk pengetahuan anda, Scha dan Awal telah mendirikan rumahtangga kira-kira setahun lalu pada bulan Mei 2012 yang mana majlis pernikahan dan persandingan mereka berlangsung di Pullman Lakeside, Putrajaya.
Kalau anda nak pastikan sama ada gaya Schawal ada iras-iras pasangan glamour David dan Victoria Beckham atau tidak, di sini OHBULAN! ada sertakan beberapa keping lagi foto untuk tatapan anda. Semoga terhibur!
Kredit foto: Instagram Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Foto : Jehan Miskin & Isteri Pertama Kali Sambut Ramadhan Bersama

Jehan Miskin & Isteri 5
Setelah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya pada 4 Mei lalu, Jehan Miskin dilihat jarang memuat naik foto-foto isterinya yang berasal dari Korea itu untuk dikongsikan bersama peminat di laman sosial. Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana aktor tampan tersebut ingin menjaga privasi isteri kesayangannya.
Namun begitu, baru-baru ini Jehan dilihat telah memuat naik beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee, di mana melalui foto tersebut pasangan ini dilihat sedang sibuk menjalani sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menerusi salah satu foto yang dikongsikan, nampaknya pasangan ini telah menggayakan busana sedondon bewarna ungu dan bertambah manis lagi apabila isteri pelakon tersebut turut menggayakan Baju Kurung tradisional.
Jehan juga tidak kurang kacaknya, apabila pelakon tersebut turut menggayakan sepasang persalinan lengkap Baju Melayu berserta sampin.
Jehan Miskin & Isteri 2
Kedua-duanya kelihatan sangat tampan & ayu
Nampaknya ini adalah kali pertama Jehan menyambut Ramadhan dan Hari Raya bersama isteri tercinta. Pastinya tahun ini merupakan pengalaman yang cukup indah buat pasangan yang baru dua bulan lebih mendirikan rumahtangga ini.
Selain itu, jika diteliti daripada status-status yang terdapat di laman Twitter milik pelakon ini, nampaknya Jehan terlalu komited dengan kerjaya seninya sehingga tiada masa untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang.
Perkara ini dilihat apabila Jehan mula memaklumkan bahawa kali pertama dia berkesempatan untuk berbuka puasa dengan isteri adalah pada Ramadhan ke 12.
Status Jehan Miskin
Amboi, bulan puasa pun Jehan gigih bekerja kan. Baguslah, itu pun untuk rezeki keluarga.
Apa pun, untuk semua peminat yang sudah lama tidak menatap wajah tampan Jehan Miskin, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik pelakon tersebut bersama isteri tercinta.
Artikel Berkaitan :
Untuk makluman, pasangan ini telah diijab kabulkan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Kredit Foto : Instagram Jehan Miskin