Menurut Aiman Tino, lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan, tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music.
“Saya akui ia satu kesilapan, tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman," jelasnya.
Boleh bermain gitar, menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran.
Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Selain menyanyi dan bermain gitar, Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw.