Friday, February 17, 2017

Aiman Tino Penat Dikejar Gadis Gadis

Masih lagi belasan tahun umurnya, kemudian dikurniakan suara yang kena degan hati jutaan peminat muzik tanah air, nama Aiman Tino kini meniti di bibir peminatnya terutama dari kalangan wanita malah jejaka ini mengakui cuba membalas sehabis baik teguran peminat di laman sosial.
“Kalau mereka bertanyakan soalan yang dilihat ‘berlebihan’, memang saya takkan membalasnya, malah saya abaikan saja mesej sebegitu. Namun, jika ada mesej patut saya balas, termasuk yang bertanyakan mengenai perkembangan atau aktiviti seni, saya akan berbuat demikian,” jelasnya kepada BH Online.
Sementara itu, ketika disoal tentang adakah wujud peminat yang mahu melamar dirinya, Aiman merasakan perkara tersebut bukanlah keutamaannya ketika ini selain mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.
“Jauh lagi perjalanan saya sebelum memikirkan untuk bercinta atau berkahwin. Jadi, saya memang tidak pernah terfikir atau terlalu mengambil pusing soalan sebegitu,” jelasnya lagi. 

Sunday, January 15, 2017

Aiman Tino Serik Buat "Kerja Gila"

Menurut Aiman Tino, lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan, tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music.

“Saya akui ia satu kesilapan, tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman," jelasnya.

Boleh bermain gitar, menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran.

Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Selain menyanyi dan bermain gitar, Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw.

Kisah Disebalik Nama Aiman Tino

Aiman Tino atau nama sebenarnya, Mohd. Aiman Yusri, tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah, Harry, yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman.

Aiman Tino, 18 tahun, telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah. Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya, Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992.